Assalamualaikum ya sodiqi ! (para sahabat) *jawab !
Hari ini insyaAllah semua umat Islam bakal menyudahkan 6 hari berpuasa kan.
Okey ! aku nak ajak korang berebut sama² malam
yang lebih baik dari 1000 bulan ni..
So, aku nak story awal² bagi korang ready fizikal, mental, rohani
*macam nak lari trek plak ! ^^
Nice right ? ni satu malam pas balik terawikh ^^ |
Apa malam lailatul qadr ni sebenarnya ?
Cuba kita tadarus jap Surah al-Qadr ni.. Jom baca dapat pahala tau . JOM !
MAKSUDNYA : 1 ) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2 ) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3 ) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4 ) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,
kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun
yang berikut);
5 ) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
First, malam lailatul qadr ni adalah satu malam yang dimuliakan
dalam bulan penuh barakah ni. That’s why kita kene yob, kejar yob ! memang rugi
kalau kita sia²kan kesempatan kesihatan, kelapangan yang ada untuk mencari
malam mulia ni.
Second__ bila malam lailatul qadr ni berlaku ?
Umm. Nabi Muhammad s.a.w berkata :-
“ Lailatul Qadr berlaku dalam bulan Ramadhan pda malam sepuluh
yang terakhir iaitu malam ke-21, ke-23, ke-25, ke-27, ke-29 atau malam yang
terakhir Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat dengan niat yang ikhlas PASTI
diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian “
( Hadis
riwayat Ahmad )
Subhanallah ! Allah maha pemurah ! DIA nak ampunkan dosa² hamba DIA walaupun kita bersalah !
Third__apa ibadat yang boleh dibuat tatkala menanti malam Lailatul
Qadr ni ?
Segala jenis ibadah boleh ! Hatta, kita berzikir memuji Allah . lagi ? solat sunat taubat, sunat hajat, dll..
Ni antara jenis² zikir yang boleh diamalkan :-
1 ) BASMILLAH
Lafaz : Bismillahirrahmanirrahim
Maksud : Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi
maha penyayang
2 ) TASBIH
Lafaz : Subhanallah
Maksud : Maha suci ALLAH
3 ) TAHMID
Lafaz : Alhamdulillah
Maksud : segala puji bagi Allah
“Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap
dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat
dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat
olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya”
4 ) TAKBIR
Lafaz : Allahuakbar
Maksud : Allah maha besar
5 ) TAHLIL
Lafaz : La ilaha illallah
Maksud : tiada Tuhan melainkan ALLAH
6 ) ISTIGHFAR
Lafaz : Astaghfirullahal azim
Maksud : aku memohon keampunn dri ALLAH yang maha
agung .
“Barang siapa
memperbanyak istighfar,
maka akan diberi
kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan.
Dan dianugerahi
rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.”
(Hadis riwayat Abu
Dawud dan Nasa’i)
7 ) HAUQALAH
Lafaz : La haula wala quwwatailla billah
Maksud : tiada daya dan kekuatan melainkan dengan
izin ALLAH
TAZKIRAH jap ^^ (peringatan)
Jom berzikir !!
Zikir tu perkataan arab yang membawa maksud ingat !
Yang mencari cintaNYA