..

Sunday, May 3, 2015

Kata Hati Kau Mana ?

Assalamualaikum.
Orait gang ! Sihat ?
Aku & coursemates busy sikit cuti weekend lama yang merangkum Labors' Day n Wesak Day ni, we gonna face our midterm test. Once for a subject and 30% at stake. Sekali je test kitaorang, iye :I Please pray for our success and wish us a lot lot goodluck ! Seems like this weekend is our study week. Puahaha.

Orait, just enough for our intro n some updates what's going around recently.

Simple and nice reminder to lead a happy life.

Please, we're not live for fulfill other's expectation and nobody else can fill up your expectations. Please, dont let someone who just nobody to interrupt your life. 
Contoh typical expectation orang malaysia ni,

1) Jadi  budak final year

"Eh, kau dah nak habis belajar takde ke calonnya?"

2) As graduated student

"Eh, kau bila nak kahwin ni?"

3) Dah selamat nikah

"Eh, kau bila nak dengar suara budak ni, baby mana?"

4)Dah selamat ada anak

"Eh, bila nak tambah lagi sorang?"

Ya rabbi, penat lelah aku.. Biarlah setiap orang, ada goal hidup sendiri. Terima kasih sebab care ye :)

p/s: Never become a victim of others' expectations and dont make anyone a victim of yours.
Just remember Allah and the Messenger, Nabi Muhammad as our priority.
Followed by our parents and family, as one of hadith said, "to please parents is to please the Almighty Allah".
Our teachers, our friends who always been there even at your difficult time.
Follow what ur heart say, as long Allah's there.
Selagi ada Allah, kau takkan gelisah.
:)

0029 
still reading about the role of malaysia construction industry.

Monday, April 13, 2015

My Friends Are My Pillars Of Support~

Assalamualaikum.

Just want to say Alhamdulillah sebba masih diberi nikmat segala jenis pinjaman di dunia ni. Daripada sekecil-kecil perkara hinga ke besar-besar perkara, terima kasih Allah :)

Alhamdulillah for giving such a supportive family..
For nice and deary friends..
For understanding roomate..
Mereka2 yang sudi mengajar aku pelbagai perkara.
Arigatou ~~

Ohoiii gang ! Im almost completed half of my degree coarse. Semester 6 right now ! Ajet ajet senior. Many things yg terlepas pandang, terasa hati aku sangat minta maaf. Semester yang sangat laju, hard subjects to face, study week yang turn out to be study days ; 2 days to be exact, hutang subjek, dll.

But still alhamdulillah, Allah lends me them. Yeah, them ! My friends, i can feel the bonding right now. From strangers, different background ; program matrikulasi, Asasi Puncak alam, Asasi UM dll. End up to be here, FKA, SA

“We are only as strong as we are united, as weak as we are divided.” ― J.K. RowlingHarry Potter and the Goblet of Fire

Gituh ayat ~~ Hahaha sapa layan Harry Potter angkat tangan. Childhood memories tu :p

Terima kasih and maaf guys !
Asal dari semester 1, time innocent memasing. Kami asal ada 28 orang je. Up till now, aku rasa ralat sebab tak sempat kenal rapat one of us time semester 2. And she just go, go cause of some matters. But im hearing somewhere she's doing great as future dentist. Fighting dear ! Following semester, memang terasa kehilangan mereka. People with warm smile yang tengok muka diorang pun tenang, yang salu mencetuskan gelak tawa dalam kelas, yang selalu bagi support, yang sentiasa bg komitmen dalam group.. Goodlucks guys ! Aku perhati je korang. Seems happy sangat. I see you !!

Just realized now, even when im at my lowest, down tahap kura2.

  • They always there, just some warm hugs, console me well even without uttering any words..
  • They who always reach their hand to pick me up..
  • Sabor layan pala hangin tak sabar aku..
  • Yang tetiba hantar mesej kasi semangat balik..
  • Yang bawakkan setin nescafe tak nak bagi ngantuk..
  • Yans alu jawab solan sengal ubi aku..
  • Yang akan tolong aku benda kecik2 macam tak ingat milli tu x10^-3, micro x10^-6..
  • Yang sabar hadap aku Area = Volume/Depth..
  • Yang selalu marah & gaduh dengan aku for my sake..
  • Yang tetiba call "Weh, nak ABC tak ? Nak aiskrim ? Ritu ko cakap ko teringin kan, Tu aku beli"..
  • Yang kalau aku sakit, all of sudden campak ubat, slowkan aircond, sejuk ke?..
  • Yang susah sakit semua sesama..
  • Yang sanggup datang dari UM, tengah kerja semata for one hug..
  • Yang semata call bersungguh, even time zone berbeza, dr-to-be tuuuu..
  • Yang semata datang rumah, drive dari Ipoh nak menggedik sama2..
  • Yang.. Yang .. Yang semualah, pengsan aku nak list


Haduilahh..

Please do well apa pun korang buat. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Peluk korang dengan kasih sayangNya.

Aku 'tak sayang' korang. Kbye !





Monday, December 29, 2014

Doa Suami Soleh

Assalamualaikum.
Hoi hoiiii korang !
Okay. Hari ni kita stay out from buku for a while.
Mogok kejap sebab paper pagi tadi.
'Seronok' sangat penangan paper first ni :3

Ni kawan aku kasi, boleh amalkan insyaAllah tak kurafat aih.
One of effort apa.
Ustazah pernah cakap lagi, detail doa tu.
Allah dengar, bahkan Dia malu kalau tak perkenankan doa hambaNYA.
Even pendosa macam kita ni.



*aku try translate ye ayat ni, setakat aku belajar arab merangkak menerap dulu.
Maksudnya : Ya Allah ! Kurniakanlah suami/lelaki yang baik akhlaknya, beramal soleh, membawa berkat dan baik rupa parasnya.

p/s : thanks to Mechu of Meja Prep Bersidang atas doa ni. Group sekolah kitaorang yang ada 8 orang budak yang memasing ada fe'el pelik2. HAHAHA tapi tu yang buat iolss syg <3

Friday, December 26, 2014

Semudah itu title 'ALONG' ?

Assalamualaikum.  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi Allah. Jom sesama kita spend masa doakan moga Allah mudahkan perihal saudara kita yang menghadapi suasana banjir yang sgt teruk di Perak, Kelantan, Terengganu n Perlis. Especially saudara2 yang berada di pantai timur. Moga Allah sentiasa peluk kalian dengan kehangatan dan kekenyangan. Hiba betul hati bila baca saudara2 disana yang putus bantuan dari luar tatkala aku sedap buat milo panas di fakulti sambil study tuk final. Aku selesa mereka? Allahuakbar ! Aku always get update live dari member yang kat kelantan instead of percaya facebook, twitter, insta. Mohon jangan percaya 100 %. Alhamdulillah most of kawan aku unaffected by banjir ni. Lindungi mereka, Ya Allah.

Tajuk di pagi Jumaat yang barakah, di pagi 10 tahun selepas Tsunami berlaku yang pernah menggoncang dunia. 10 tahun sahabat. 10... Dah lama rupanya. Aku yang dah tua. Umm. Semoga dengan peningkatan umur, amal kita turut bertambah. Goal utama as muslim nak dapatkan syurgaNYA. Allah. Sahabat ! Tarik aku andai aku tidak kelihatan di syurga. Tarik tangan aku sahabat.

Along.
Ayong.
Abang.
Kakak.
Kak Long.
Abang Long...

Kau ingat semudah itu tanggungjawab kami? Semudah kau sebut ? Maybe nampak kami happy, ego n so on. Tapi sejak lahir, tergalas di bahu kecil ni sebuah tanggungjawab besar.Orang ke 3 selepas Ma n Abah. Head of siblings. Adik adik kau bawah kau. Kebajikan, pembelajaran mereka should be fulfilled well.

Even dari kecik, aku taktahu macam mana mak ayah aku train aku. Tapi kesan yang aku perasan, aku tak akan tak mungkin nangis depan family. Kekadang masuk bilik air, sambil basuh baju sambil mandi nangis. Alhamdulillah aku dikurniakan mata yang tak terkesan even lepas nangis seteruk mana pun. Keluar bilik air, senyum balik ! Kuat !

Akademik? Aku mesti jadi role model kat adik2.  Result aku akan jadi penanda aras for my sister n brother to do well in future. Then, korang selalu cakap apa Hakimah ni. Tak reti balik rumah ke? Suka sangat duduk kat uni. Its not that. Aku tahu tahap aku dimana. Aku kena usaha lebih dari orang. HAHA

Please dont mistreat my siblings.  I knew well what u people have done to them for those 14 days. I keep in touch with them. Everyday. Aku tahu diorang buat apa. Kalau aku ada keupayaan, sure aku jaga adik2 untuk 14 hari tu.

Along ? Tipu kau boleh buat tak heran kat adik2 kau. Kau tipu !

I can fell them deeply, kalau family jauh dari mata, dalam kesusahan dek banjir ni. Aku faham macam mana mati kutu, gelisah nak study tuk final, menerawang macam mana, baca buku depan mata otak kat rumah, tidur tak lena, makan xlalu, kekadang empangan air mata pecah.

Semoga aku kau korang semua sentiasa dalam lindunganNya.

Gambar ihsan wechat. Thanks wechat ! Im boosted up just by seeing this one pic ehee


p/s: lepas solat magrib, spend sikit masa untuk solat hajat untuk mangsa banjir.  Moga Allah peluk mereka dengan kehangatan :) be strong people ! But still im not saying that positions as angah, alang, acik, andak, acu are not important :) peace no war hoi !

      : Andai ada sahabat yang resah gelisah risau family kat rumah tu, give them support, console them well, n paling penting doakan keselamatan mereka. Aku pernah baca doa yang tak diketahui oleh saudaranya insyaAllah lagi makbul. Kalau korang tahu sumber ayat ni, jangan lupa tinggalkan komen ye ?


Sunday, December 14, 2014

Pertolongan Allah itu Dekat


 Assalamualaikum.

Sihat semua? Okay. Out of blue sambil tunggu member nak lunch sama, tengok atas. Besarnya langit, cantiknya, luasnya ! Subhanallah. Tenang hati dengan melihat kebesaranNya. Serabut ke awak. Meh aku kasi remedy sikit, since aku bukan doktor nak suggest ubat kan. Aku insyaAllah jurutera nanti, takkan aku nak suggest

"simen"

KE

"sila gunakan steel bar Y12"

KE

"sila gunakan dawai/ besi link R6 tu nak cantum balik hati korang yang berkecai tu"

KE

"saya rasa boleh pasang bolt&nut kat hati untuk hilangkan resah tu "?

HAHAHA okay ni tak lawak. Tapi korang kena gelak jugak :)

Tetibe selaju cahaya = 299792.5 km/sec, zuppppp ~~~
"Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"; like someone whispering.
Tengok kiri kanan.
No one.
Mesti Allah hantar peringatan mesra buat remedy tuk hati aku yang resah nak final ni.
Alhamdulillah.

Click mobile data -> cari ayat yang di"bold" tu (*since tak sure hadis ke ayat AQ) -> stop at someone blog, and written there cari Surah Al-Baqarah, ayat 214 -> search iQuran kat phone (*tapi english dy power beno but still dapat tenangkan hati ini, tqvm blogger out there for keeping give such a good information)

Doakan aku n member2 yang lain yang sibuk menghadap/mencari paper past year kat EQPS . mihmih. Samada uitm sendiri or u memana je lahl.Till meet again.

*selak paper indi(main bingo kawan aku cakap), hydrology(kira longkang), further math(berbulu mata tengok huruf instead of no), numet (erkkkk !)
Manggis grup sebelah haha calorful pergh !
Our beloved profesor :)
Member grup kira drainage, serius tak future engr ni?

Contoh projek longkang kitaorang hahahaha (*draft je nih, satgi ade lagi yang cakap quarters 5 bijik tu macam manggis lagi) hahaha

p/s : pertolongan Allah itu dekat bagi orang yg bersabar dan berpegang teguh pada agama Allah, so lets check diri memasing balik. "Inna nasrallahi qarib" . Qarib tu dekat, Ba'id tu jauh. Kita nak yang mana ? Peace no war !

Why Engineer?

Assalamualaikum woww. Blog lepas pun tak habes update lagi haha.we're in exam mood right now.  Yup. Most of uitm student ! Oooo, it just nice to say it time for assignment submission, presentation n blablabla..

okay. One of my friend keep asking me why engineer ? Why? Hahaha harapan . Itu harapan nak get Mr.engineer as my spouse.  Insyaallah harapan ni doa kan. So, keep on praying.  Who know.

Meh aku kasi list why ?
-engineer - engineer relationship itself
-he got to understand that im working with a lot of man out there. Insyaallah he will get it right.
-aku jeles? Tipu lah tak, sure enough. Tang tu memang aku tak reti sorok. Hahaha
-But FAITH is there.


Awak kat mana. Awak kat mana? Hahaha
Doakan yang terbaik tuk kita semua ye.

Friday, August 22, 2014

Bagaimana Aku Nak Balas Jasa Ma Abah, Tapi Aku Masih Belajar

Assalamualaikum syg sekalian :)

Sihat? Alhamdulillah hampir 2 bulan sudah cuti semester berlalu bagi pelajar degree uitm. Pelbagai aktiviti pasti dijalankan nak rehatkan kepala otak yang dah bekerja kuat sebelum ni. Aku sem berapa? InsyaAllah masuk 7sept ni ak pelajar sem 5 dah. See ? Im already completing half of my degree. Hope kami semua grade on time.

Ok ! Ok ! Perasan tak parent kita bertungkus lumus kerja cari rezeki. Kita sep dok goyang kaki kat rumah boleh buat ape? Nak bagi duit, gaji takda, masih belajar. Kita kan anak mesti bercita-cita nak balas budi jasa mak abah kita yang dah tak terhitung jasanya. Allahuakbar !!!

Cara-cara membalas jasa ibubapa bg pelajar :)


  • Basuh pinggan setiap kali makan
  • Tolong campak baju dalam mesin, ampai, lipat
  • Kemas rumah
  • Masak lunch ke dinner; simple takpe.
  • Doakan mereka

Yet it looks so simple, mesti dalam hati bermonolog sendiri, "alah hakimah ni, aku pun tau semua ni, penat je baca!".

Aku tahu simple tapi aku tanya korang , hampa buat tak? Tak mampu buat barang semua org, why not barang sendiri. Pinggan sendiri, baju sendiri, dll. InsyaAllah it still meringankan ibu ayah kita nak buat kerja rumah. but somehow, it seems selfish laaa ~~

Jom baca doa ibubapa, setiap hari lepas solat at least baca tau. 

"Allahumma firgli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira"
Maksudnya : Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Seorang anak itu belum di kira sebagai anak yang soleh, sekiranya dia belum berdoa untuk ibu bapa..

Termasuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa ialah dengan berdoa untuk mereka.

Salam Takziah pada ahli keluarga MH17, moga perjalanan kalian menuju jalanNYA dipermudahkan. Aku yang tengok gambar pun termengalir air mata. Semoga ahli keluarga tabah meneruskan kehidupan. Aku kongsikan satu petikan dari co-pilot yang terkorban;

“Kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah.”

InsyaAllah aku semat kata-kata arwah ni! Terima kasih.

Till next time !

25 Syawal