..

Thursday, February 14, 2013

Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah nie. Hari ini aku nak cerita sebuah kisah yang hampir membuat aku menitiskan air mata 
*tapi cover lah, along .Cehh ego aku ni.Astagfirullah kan ?

Alkisah seorang guru bersembang kosong dengannya, seseorang yang amat ku sanjung tinggi kerana usahanya telah meletakkan dimana aku berada sekarang. Alhamdulillah masih mendaki tangga kejayaan moga kejayaan dunia kahirat milik kita bersama ya .

Sedang kami berjalan2, terlihat seorang pelajar lelaki menjunjung seikat buku teks yang sangat berat berjalan kaki pulang ke rumah mungkin. Maka terjadi lah perbualan seperti berikut :-

Cikgu : Masih ada lagi kah pelajar yang berjalan kaki jauh macam budak tu zaman sekarang ni ?

Aku : ????

Cikgu : Saya rasa sesusah mana pun budak sekarang, mak ayah usaha tulang sekerat tu nak bagi jugak anak naik bus. Kasih mak ayah :)

Maka tercerita lah alkisah si A yang merupakan student kepada cikgu memohon bantuan yang selayaknya diberi kepadanya. Disebabkan sangat memerlukan sehingga nenek kepada si A datang ke sekolah. Tetapi kelayakan dari segi akademiknya tidak melayakkan si A memohon bantuan  tersebut. *tersentap, masalah.. masalah..

Nenek si A setelah berbincang dengan Cikgu tersingkap lah masalah keluarga yang dihadapi oleh si A. Nenek si A sedih apabila cucunya apabila bersama dengan rakan2nya sering di ejek kerana kemiskinanya. Salah si A kah kerana dia miskin. Pernah sekali rakan-rakan si A membawa KFC dan menjemputnya makan. Malangya tatkala dia yang tidak pernah merasa KFC, tangan kecilnya mula menyambut pelawaan rakannya tetapi di acah2 dengan menarik ayam KFC tu. 

*sentap lagi recently bapa kali aku masuk KFC, di saat ada orang yang kelaparan aku kerja menambah berat. T.T . 


Biodata si A

Nama : A
Berat : 21kg
Tingkatan : 1
Status : Anak yatim piatu
Cara bawak nenek ke sekolah hari itu : naik basikal, masyaAllah.

Kau tak layak kata dia bodoh disaat si A cuba survive untuk hidup, makan tak menentu. Disaat korang diberi susu formula mahal untuk tumbesaran otak, dapat makan nasi 3x sehari, siap tambah lagi, siap obesiti bagai tapi si A hanya si kurus keding. Tatkala loceng berbunyi, rakan2 lain berpusu ke kantin, si A pula merayau serata sekolah dengan poket kosongnya. Melihat rakan2 tertawa gembira dengan perut gembira setelah diisi. Si A hanya memulas batang paip, menadah tangannya yang munggil menghirup keenakan air sejuk membasahi tekak. Subhanallah. 

Siapakah kita ? Layak untuk memperlakunya sesuka hati umpama si A merupakan bola yang tiada perasaan. Semoga si A terus kuat! *Aku tak mampu berbuat apa2, moga doa tersampai. 

Alhamdulillah, cikgu2 yang sememangnya sejak azali berhati mulia mula mengumpul wang memberi kupon kepada si A dan pelajar senasibnya agar dapat mengisi perut sewaktu rehat. Bukan tidak mahu memberi bantuan di rumah tapi saudara2nya tidak berhati perut mula menempek menyalah gunakan bantuan yang diberikan kepada mereka . 

#Aku banyak kali sentap hari ini, terasa saja. haha nak share jep

#Doakan result aku dan kengkawan yang bakal keluar esok. Terima kasih cikgu ~~

Peace No War ~

 





 

No comments:

Post a Comment