..

Wednesday, March 30, 2011

say no to GIVE UP!

assalamualaikum,

semoga semua saudara2 sentiasa dalam keredhaanNYA<<
haha aku dah dapat keputusan spm walaupun tak le straight A, aku ingin mengucapkan syukur yang amat sangat, alhamdulillah. terima kasih kat smuo cikgu2 yang dah banyak tolong aku, mak abah, adik2, kawan-kawan aku, guys thanks!!

kite amek ujian ALLAH ni dari sudut positif, DIA bagi yang terbaik untuk kite, so, jgan le susah hati. sematkan dalam hati " keputusan ni merupakan satu titik permulaan untuk sebuah kejayaan ".. paling penting! hapuskanlah perkataan GIVE UP dalam diri tu.. usaha lagi! usaha! usaha! insyaallah kejayaan itu milik kita.

apabila satu ketika kite penah mengeluh, sudah la kawan2 bangun! jangan harapkan keajaiban akan berlaku, tak akan! kite sendiri kene usaha. maybe lepas ni ada antara kita nak sambung belajar samada matrikulasi? foundation? maktab perguruan? or persediaan ke luar negara? satu je jangan lalai! jaga hubungan dengan ALLAH dan manusia.. walau kat mana kita belajar yang penting diri sendiri..

kita sama2 berusaha yer,


aku hope,ayat alquran ni mampu menenangkan ati2 yang gundah gulana tu..

" janganlah kamu berputus asa dari rahmat dan pertolongan ALLAH. sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan ALLAH itu melainkan golongan yang kafir " (surah Yusuf : 87)

wallahua'lam..

yang mencari cintaNYA,,

Tuesday, March 22, 2011

result spm 23 mac, ngee~

bismillahhirrahmanirahim..

h0hoho, esok merupakan hari yang ditunggu2, dah 3 bulan aku spent time kat umah, esok bakal menentukan arah hidup ak, insyaallah, aku hope ak n kengkawan dapat balik dengan senyuman dari sekolah masing, n semua ni ditujukan khas buat membe2 skulah sndri le, SMKA KERIAN yang dekat laketown bukit merah tu, meh le lawat sekolah tercinta kami, haha. promote lak,

guys doakan lah ktaowg. maximum 11, haha, ckgu ckap ckit2 9a, huhu, amin~~~

ni bebudak kelas aku, chaiyook esok!

ni semuo girl 8th generation

all boys 8th generation

kan aku cakap dengan LAKETOWN -,-   


dah lah aku pun dah cuak ni, gud luck semuo,,

sesungguhnya ALLAH akan membalas setimpal dengan usaha hambaNYA. DIA maha mengetahui~

~ ♥ Ya Allah, tentukanlah apa yang terbaik buat kami. Berikanlah kami kejayaan dalam SPM. Berikanlah keputusan kami membawa kebahagiaan buat kami dan keluarga. Makbulkanlah doa kami. Amin ya rabbal alamin ~ ♥
 yang mencari cintaNYA,,

Friday, March 11, 2011

cocopie yummy!!

assalamualaikum,,

Dari Aisyah r.ha. berkata, "Rasulullah s.a.w. selama hidupnya tidak pernah makan kenyang dengan tepung (roti) jagung dalam dua hari berturut-turut hingga beliau wafat." ( Hadis riwayat Tirmidzi ). 

for sure kowang penah dengar hadis ni kan. Ya ALLAH! kite ni?? makan sampai kenyang kan? huhu,, jom kita same2 ubah ,, "makan berhenti sebelum kenyang!! "

     actually, aku mencari hadis ni,, sebab aku ni suke sangat makan cocopie. bila aku happy or aku sukses something aku akan bukak 1 paket cocopie ni.. just one!! nanti gemuk! gula banyak, sweet..lepas makan ni aku kena minum air banyak2, skyjuice~ cocopie ni harga dia RM0.50. try le cedap.. 




Kenapa tetiba aku suka cocopie ni bub cerita Thank you kat TV3, ingat tak cerita budak bulat , Lee Bom yang ada HIV infection dan emaknya sera seorang ahjussi a.k.a doktor yang ensem tu ? Jang hyuk nama dy suka la ad janggut sikit, misai sikit. pheww. rambut dy pulak ! memenuhi taste lelaki idaman aku nie, tinggi tu prioriti.. puahaha
  
Ni lah cerita Thank You sesuai ditonton bersama keluarga banyak mesej kasih sayang sampai teddy bear aku pun buh nama Lee Bom
Muahaha saya suka rambut dy !

awesome kan 177cm !




ps: kita kene sentiasa bersederhana dalam apa jua kita lakukan!! umm,, makan untuk ada tenaga beribadah~ bukan hidup untuk makan! ngee,,



yang mencari cinta ALLAH..

Thursday, March 10, 2011

cuak mendpatkan P~


Assalamualaikum,,
Kenapa hari ini aku lagi cuak dari nak jawab spm dulu??? Haha cuak nak dapat lesen dari JPJ. Biasa lah kita sebagai seorang Muslim wajib menunaikan tanggungjawab solat 5 waktu, so macam bese aku bngun tido nak solat suboh. Tapi cos ari ni nak pi test MOTOR baru,( kete 2 minggu lagi kut) kenalah mandi awal. Sejukkk..

                Dah tu pi lah kat simpang 5 tu, pergh!! Ramai tol owang. Siap ada taklimat lagi, aku dapat turn no21, kawan cumey ak si tirah of razak tu dpat no 12.. tangan punye le sejuk takut punye pasal xpecially tengok kete JPJ tu, haha. Aku takut betui kalau x lepas lalu titi.. but it’s going well. Alhamdulillah!!  
             
                Ni petua aku lah nak ilangkan cuak, kadang2 tu cuak punye pasal semuo lupe nak bace. Tenangkan diri dulu!

Malam sebelum .
  •   Solat hajat,, baca yasin,, bace surah arRAHMAN..

Hari nye..

  • Bace ALFATIHAH.
  • .Bace 3 QUL tu..
  • Then ayat kursi tu ulang le banyak2.
  • .And jangan lupe b’harap totally kat ALLAH..

InsyaALLAH, HE never forget us, kite yg selalu lupe kat DIA.. doalah!! Tak rugi ape2 pun sebaliknye rase kuat n berkeyakinan ALLAH berada disamping kite..




Dan Tuhanku berfirman, “ berdoalah kepadaKU nescaya akan AKU perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang2 yang sombong tidak mahu menyembahKU  akan masuk neraka jahannam dalam keadaaan hina dina”
(surah alGhafir 40:60)

Wednesday, March 2, 2011

"tolong"

assalamualaikum,


umm by end of this week, i need to back to school.. as ex-student untuk menjayakan program bekas pelajar.. serius cakap aku malas better aku layan tv kat umah, tetiba ada hamba Allah ni ingatkan aku pasal tanggungjawab sebagai muslim n senior..

hamba ALLAH tu bilang macam ni, tersentuh jiwa aku,


sahabat nabi penah cakap, dia sanggup menjadi hamba kepada orang yang sanggup mencurahkan ilmu kepadanya walaupun satu ilmu"..


selain tu, ad ayat suci AQ mafhumnya..


" wahai orang beriman! jika kamu menolong agama ALLAH,nescaya DIA akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu"
( surah Muhammad:7 )


benar juga katanya, so aku hope korang amek iktibar. sebenarnya kami just kena ajar form 1 je, bukan nyer subjek susah pun.




alhamdulillah terbuka hati aku ni, insyaallah aku akan ikhlaskan diri untuk aktiviti ni, lagipun TOLONG junior sendiri je.. TOLONG cikgu2 yang berjasa dalam hidup ni. 

ni antara bakal tenaga pengajar di smka kerian. 





young teacher. cory ah boys xjumpe pics kowang,,


p/s: don't ever think twice for doing a good deeds..


Doakan kami semua dapat result SPM yang bagus, 
aminn!!
terima kasih..


yang mencari cintaNYA,,

Thursday, February 24, 2011

indahnya hidayah.

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨

 maksudnyer : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(surah ali imran:8 )


 p/s..
istiqamah le bace bacaan ni, insyallah sentiasa dalam rahmatNYA. bukan mudah nak dapat hidayah walaupun ayah kite ulamak, ustaz, imam, sebab hidayat tidak dapat diwarisi..

buktinye,, 
  •  Abu Jahal tetap dalam kekufuran walaupun bapa sedara Rasulullah s.a.w
  • anak Nabi Nuh mati dalam kekufuran

yang mencari cintaNYA.

1001 cerita volleyball player..

assalamualaikum..

     miss le tahun 2011 ni tak main bola tampar dah, 5 tahun aku men bola dari form one lagi, kenangan terindah dalam hidupku. haha dulu ayah aku ajar tapi aku tak mau, sakit kan.
    
    tetiba nek secondary school terminat plak gara senior aku lah. aku nampak depe cool bila men bola tampar, aku nak cari something yang boleh release tension bile study n finally i got it by playing volleyball.. haha..

     jadual ak padat kut awal2 tahun kene practise agy, mule2 senior tengok aku cam pelik je sebab aku ni boleh le dikategori kecik,, haha, lepas tu bile dilistkan sebagai player fuhh!! ase terbang di langit.. huhu. 

    balik sekolah pukul 3 p.m. prep sat. lepas tu solat asar, and pi berlatih. malam lak ader kelas tambahan,, cam bese shaking tangan.. haha.. kdang2 penat sangat bape kali menguap ntah, cikgu lak ske tanye aku solan cam2, selalu aku jawab je.. haha

     bile nek form 4, memang best gempak kut, kitaowg bole practise ngan player boys,, great! salalu kami menang. mula2 segan gak ah lawan depe, tpi lepas tu tibai,, huhu spike, digging, serve,, 

    cikgu selalu pesan bawak imej islam tu walau kat mana pun, so.. bile kami pi tournament mesti owg usha pelik, kami baca doa dulu, laung takbir, bertahmid, korang buat lah!!!!!!!!!!!!!!!! seakan akan ada 1 kekuatan meresap dalam diri ni,, ya ALLAH.. cube try,,

insyaallah beberapa ary lagi nak dpat result. nanti kat ipta, dapat ke main lagi,?? umm..


karnival asrama KERIAN n LARUT MATANG SELAMA 2009




tournament daerah KERIAN 2009

 team boys,,


kenangan bersama, jihad fi sabilillah, 
alhamdulillah dapat gangsa,,


yang mencari cintaNYA,

Sunday, February 20, 2011

aku suda jatuh cinta..

assalamualaikum,, ari nie aku nak cer, yang aku dah jatuh cinta sama lagu ni,, serius!! indah sekali.


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu





try la dengar, insyaallah, u will get something, something yang menyentuh kalbu,,




yang mencari cintaNYA,

Saturday, February 12, 2011

sayang, love, sarang hae yo, mohabbat..

    ops!! kaget suda sama tajuknyer. hihi. lah bebudak cam aku ni. ati mesti debar2 bile bincang pasal tajuk ni . come on lah open sikit, mende takkan cinta kat 'tuuut' je. tajuk ni luas kan. cinta kat Rabbi, Rasulullah, parent, siblings, cikgu, jiran, membe2.. kan? haha kan dah kene. toink.

    UMM, bape ari lagi kite nak sambut maulidur rasul, kebetulan aku terselak lak satu magazine ni, dy ad lak citer sal.. agak agak aper?



TIPS BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH~






nice..
 so nak le share lantak le kome nak bace ke tak. tpi nak tulis jugak ape yg aku engat ni.. haha

  • istiqamah membaca zikrullah, doa, syukur, tahmid dalam apa jua keadaan, UPGRADE lagi dari masa ke masa. 
          ( sebab ALLAH tak pernah tinggal hamba Dia walau sedetik pun, SUBHANALLAH )


  • mengasihi seseorang itu kerana NYA. insyaalllah sentiasa dalam redhaNYA..
  • kunjung mengunjungi sesama muslim. pasti akan bercambahnya rasa sayang tu.
  • doakan seseorang tu dengan penuh ikhlas. mean tak payah le cakap kat dia kita doakan dia, keep it secret between u and ur RABBI, 
          ( aku ada bace bile kita doakan saudara tu akan ada malaikat yang akan doakan yang sama tok kite so tak rugi ape2)

  • ucapkan salam sesama Islam, semudah mudahnye " assalamualaikum ". kita bisakan dengan ucapan salam tu, aku pun ngah try jugak ni, biasa le kadang2 tu " hoi!".. terkejut member tu,, haha
  • menziarahi pesakit supaya kita sentiasa ingat dan sedar kekhilafan diri ni. dah tu dapat juga hepikan patient tue nanti dia cepat sembuh.
  • ikut sunnah Rasulullah : puasa sunat, solat jemaah, lagi..
  • berkawan orang2 yang soleh n beriman. kenape ek? ak terfikir.. umm, hope kita pun dapat tempias menjadi orang yang soleh juga, sebab tu lah kite kene pandai pilih kawan yang mampu membimbing kite ke jalan yang haq..
   


yang mencari cintaNya..

Friday, February 4, 2011

the most important in muslim life.

assalamualaikum.

    hope kita semuo dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. aku nak share something mengenai perkara yang kita buat dan baca setiap hari, aku ada dengar orang tanya kenapa walaupun orang tu solat 5 waktu tapi mende2 jahat pun dia jugak lah tekongnya. padahal terang lagi bersuluh dalam ayat alQuran. cuba buka muka surat 401.


“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)




    muhasabah balik diri kita ni, betapa kerdilnya diri ni depan Allah, Dia bagi macam2 nikmat tapi kita bersyukur sekejap2 je. kita sedia tau tapi saje gatai uat2 tak tau. ish, aku tuju mende ni kat diri aku gak, aku bukan perfect. ada je cacat kat mane2 coz aku ni hamba Dia. korangpun..
 
    korang tau kan yaumul hisab ( hari kiamat ) tu pasti berlaku, just kita tak diberitahu bila, guys kenape yek?? fikirkan sejenak. jawapannyer Allah nak test keimanan kita padaNye. supaya kita selalu ready! ok set! 

    actually ari ni aku nak korang paham maksud disebalik bacaan yang kita baca setiap ari, kadang2 kejar masa punye pasal solat je. punye le laju, asal kita dah solat ann?? padahal betapa indahnya meaning di sebalik solat tu. macam alFatihah tu insyaallah korang hafal kut makne dia. bukan banyak pun just 7 ayat.

    sekarang ni jom ak nak bawak korang selami maksud disebalik duduk antara dua sujud. aku pun baru tau tahun lepas time form 5, lepas aku n member cari makna bacaan tu. padahal kami ni dah belajar arab dari form 1. nampak kat situ betapa ruginyer belajar tapi tak praktikkan. ish.. belajar bahasa syurga ni x pernah rugi,, never say never!!!
  



allahummafirghli ( ya Allah, maafkanlah aku )

warhamni ( kasihi aku )

wajburni ( tutuplah aib2 aku )

warfa'ni ( angkatlah darjatku )

warzuqni ( berilah aku rezeki )

wahdini ( peliharalah agamaku )

wa'afini ( sihatkanlah aku )

wafuanni ( maafkanlah aku )


    cantikkan makna dia. xtually kita sedang berdoa tu. hayatilah makna dia. insyaallah mengalir air mata kut. dah tu kita pun sujud. lama2 kan lah sujud tu. mintak lah apa yang dihajati, tpi dalam hati ler, cakap kuat2 bahasa len batal lah kan. coz tu lah time kita paling rapat dengan Rab kita. 




 Subhanallah. kita semua menghadap 1 arah~ kaabah!

    setiap perkara yang Allah suruh pasti ada hikmahnyer. so, don't worry. sujud ni dari segi perubatan dapat

1. menambahkan aliran darah ke otak so boleh avoid pening kepala n migrain

2. segarkan otak

3. menajamkan fikiran

4. menguatkan ingatan seseorang

5. membetulkan sistem pernafasan n position organ2 ke tempat asal

6. membetulkan pundi peranakan

7. the most important guys, kikis sifat riak n takbur dalam diri yang menjadi musuh utama dalam ibadat serta merndahkan diri kepada pencipta kita as His slave..

then, persolannya..
malu le budak kecik pun solat. haha. jom! dirikan tiang agama Allah!



wallahualam.. sebarang kesilapan inform me. thanks. ^_^


yang mencari cintaNYA,








 

Tuesday, February 1, 2011

imbau saat di 5 Bukhari~

salam,

    Hari ini aku nak imbau kenangan lah sepanjang 2010, tahun SPM! kelas 5 Bukhari ni ada 26 orang yang diterajui oleh mrs wahidah merangkap cikgu chemistry ( subjek favourite ni ).

   Macam2 kami lalui bersama especially kami lah kelas yang girl semuo. mula2 ada 2 orang laki but they not feel comfortable kut so boys ni pun pi lah merayu nak turun kelas. but ok pe kelas tu, last year pun aku duduk kelas tu. tak lah tension sangat happy je. kelas Bukhari ni dah biasa ler kena cap skema, baik, pandai, ye ke?? huhu. paling banyak kontoversi tu aku setuju.

    Aku dok dalam kelas Bukhari ni biasa lah saingan sengit~~ budak2 pergh~!! otak laju je. so aku pun kene lah adapt diri aku by going fast. kalau tak alamatnye..







                                             suasana dalam kelas lepas result trial..


                                                    member of 5 Bukhari


                                                  semua pakai uniform hari rabu.


    kat dewan makan. eh cop2 sekolah kami bukan semuo perempuan aww. just kelas kami.


                                                   birthday party of syarod.


           tarikh keramat 16 December 2010. paper last Quran Sunnah ( 2 p.m. to 4.30 p.m )


buat sabun dalam lab chemistry. semuo nak pi medic ni xcept sorang. hope dapat! amin!
( from left Tahirah pilot, kim, Fexa, Mai )


yang mencari cintaNYA,





Monday, January 31, 2011

first post.

assalamualaikum w.b.t..
    umm my first post, huhu. aku kan sekarang ni pelajar lepasan spm. cewah! cam gah je bunyinya. satu kepuasan lepas ak habis belajar kat sekolah menengah. haha padahal result belum keluar lagi. apa lah ceritanya result yang bakal keluar bulan 3 ni. takut lah. aku mimpi hari2. macam2 result aku dapat dah. haha

    Tapi alhamdulillah ak ader kawan2 yang selalu ingatkan aku yang Allah dah sediakan yang terbaik tuk kite. Kita dah usaha sehabis baik. Sesungguhnye Allah maha mengetahui. Ni lah bagusnya ada kawan2 yang selalu ingatkan kite pasal dunia dan akhirat. Dulu, time kat sekolah aku tak pernah menghargai apa yang aku ada, sekarang ni baru aku sedar tempat tu lah yang telah mendidik aku jadi manusia. Hope2 cam tu lah. 

    Ada ayat al-Quran ni pendek je. Tapi kita selalu diingatkan tentangnya, berkali2 mengenai kepentingan menghargai masa. "sesungguhnya manusia tu dalam kerugian",, antara sebaris maksud surah alAsr. 
      
    Memang betulkan firmanNya, try ingat balik apa yang kita uat arinie. Biasalah ada yang berchatting, ber'fb', sms, tapi dalam 24 jam kurniaan Allah setiap hari kat hamba dia. berapa minit kita bagi kat diri ni tok berdamping dganNya, 5x solat sehari (katakan solat just for 5 min ).. so, korang darab le sendiri. Subhanallah!!!!! 

    Jom sat kita sama2 engatkan diri yang terlalai ni. meh bace same..

 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.  (3)


    Aku dan kawan2 dapat santapan rohani kat sekolah supaya kami tak pernah lalai mengingati pencipta aku! aku pasti korang pun same. penat je kalau ustaz, cikgu, parent syik nasihat kite tpi x masuk apa pun. Aku ni pun bukan lah baik sangat tapi aku nak try praktikkan lah ape yang selalu pesan. Biasalah umur cam kite2 ni mesti nakal2 cikit but it ok! selagi tak bertentang ngan syariat~ enjoy!  Hehe.

    Aku nak bawa korang ni supaya fikir balik kenapa Allah bersumpah demi masa?? Nak show yang..


“Betapa pentingnya 24 jam kurniaan Allah setiap hari”




   Dalam hal ini Rasullulah s.a.w turut berpesan:Bersedialah

1.   Masa hidup sebelum mati
2.   Masa sihat sebelum sakit
3.   Masa muda sebelum tua
4.   Masa kaya sebelum miskin
5.   Masa senang sebelum susah


yang mencari cintaNYA,