..

Thursday, July 26, 2012

LAILATUL QADR ^^

Assalamualaikum ya sodiqi ! (para sahabat) *jawab !
Hari ini insyaAllah semua umat Islam  bakal menyudahkan 6 hari berpuasa kan.
Okey ! aku nak ajak korang berebut sama² malam yang lebih baik dari 1000 bulan ni..
So, aku nak story awal² bagi korang ready fizikal, mental, rohani *macam nak lari trek plak ! ^^
Nice right ? ni satu malam pas balik terawikh ^^

Apa malam lailatul qadr ni sebenarnya ?
Cuba kita tadarus jap Surah al-Qadr ni.. Jom baca dapat pahala tau . JOM !



MAKSUDNYA :       1 ) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini  pada Malam Lailatul-Qadar,
                             2 )  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 
                             3 ) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 
                             4 )  Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 
                             5 )  Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! 


First, malam lailatul qadr ni adalah satu malam yang dimuliakan dalam bulan penuh barakah ni. That’s why kita kene yob, kejar yob ! memang rugi kalau kita sia²kan kesempatan kesihatan, kelapangan yang ada untuk mencari malam mulia ni.


Second__ bila malam lailatul qadr ni berlaku ?
Umm. Nabi Muhammad s.a.w berkata :-

“ Lailatul Qadr berlaku dalam bulan Ramadhan pda malam sepuluh yang terakhir iaitu malam ke-21, ke-23, ke-25, ke-27, ke-29 atau malam yang terakhir Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat dengan niat yang ikhlas PASTI diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian “
( Hadis riwayat Ahmad )

Subhanallah ! Allah maha pemurah ! DIA nak ampunkan dosa² hamba DIA walaupun kita bersalah !

Third__apa ibadat yang boleh dibuat tatkala menanti malam Lailatul Qadr ni ?
Segala jenis ibadah boleh ! Hatta, kita berzikir memuji Allah .  lagi ? solat sunat taubat, sunat hajat, dll..

Ni antara jenis² zikir yang boleh diamalkan :-
1 ) BASMILLAH
Lafaz : Bismillahirrahmanirrahim
Maksud : Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

2 ) TASBIH
Lafaz : Subhanallah
Maksud : Maha suci ALLAH

3 ) TAHMID
Lafaz : Alhamdulillah
Maksud : segala puji bagi Allah

“Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya”


4 ) TAKBIR
Lafaz : Allahuakbar
Maksud : Allah maha besar

5 ) TAHLIL
Lafaz : La ilaha illallah
Maksud : tiada Tuhan melainkan ALLAH

6 ) ISTIGHFAR
Lafaz : Astaghfirullahal azim
Maksud : aku memohon keampunn dri ALLAH yang maha agung .

“Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan.
Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.”

(Hadis riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)

7 ) HAUQALAH
Lafaz : La haula wala quwwatailla billah
Maksud : tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH

TAZKIRAH jap ^^ (peringatan)

Jom berzikir !!
Zikir tu perkataan arab yang membawa maksud ingat !
Yang mencari cintaNYA

Wednesday, July 25, 2012

ceritera kita ^^


Assalamualaikum ^^ semoga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam keredhaan Allah ! amin !
 
     Bilik KMPk ni satu bilik tu 4 orang je bese time aku punye batch la 2011/12.   Kami 50-50 orang Perak dengan Kelantan.
Kami macam adik beradik tau? So, kami ada gelaran ikut birthday. 

  • ·         Akak a.k.a Mira .. *budak ni rajin gila study ! result gempak ! (so, paham ? ALLAH memberi apa yang kita usaha)
  • ·         Aku a.k.a Akim .. *budak ni suka tidur awal, atas meja pun bole.
  • ·         Patik a.k.a Tirah .. *budak ni kan macam mummy kami, baik , rajin, cun..              
budak kerian, T3B11 ^^ pas jamuan raya~
ni la akak ngan patik ! imy !



ni pulak syungal ^^ imy
  • ·         Syungal a.k.a Syu .. *budak ni totally bising. Kecoh tapi baik tau. Sekelas dengan aku.               
Since sekarang ni kita berada dalam Ramadhan al-Kareem .. nak story kisah kami puasa sebulan di matrik dimana tiada DEWAN MAKAN (DM) macam sekolah dulu.
malam² kami 4 orang ni pun berjalan lah ke Masjid nak buat teraweeh. Ya Allah tenang hati. 

Time tu minggu exam final semester 1, Alhamdulillah ramai datang mengimarahkan masjid dan tidak menjadikan study sebagai alasan kepada keSUKSESan mereka.

TAPI, ada juga kisah tatkala kawan kami dalam on the way nak pergi masjid yang cun tu, tiba² seorang hamba Allah bertanya pada mereka ..

 “ korang nak pi mana ? “, tanya si A

 “ ouh, kami nak pi masjid nak buat terawih “ , jawab Mereka

 “ untung la, korang pandai tak payah nak study untuk exam sok”, kata si A

 “ aish, bukan lah Ramadhan al- Kareem ni kan hanya sebulan setahun, rasa rugi kalau tak pi “, mereka menjawab dah terus berlalu…………..

*mereka pun memperbanyakkan istigfar ^^ apa makna si A ? percaya lah pada Allah ! kita pelajar kan sudah membuat persediaan belajar dari awal. insyaAllah ! selaku pelajar kita suppose untuk balance dunia akhirat. 

Cuba bayangkan korang pandai tahap gaban mana pun, tapi kalau rohani dan hati kosong apa guna sayang²ku sekalian ? Tapi aku tekankan kat sini, bukan maksud aku dia berdosa, memang solat terawih ni hanya sunat muakkad (dituntut). So, kalau tak buat pun tak la berdosa, tapi kalau buat pahala datang bergolek² & berganda²



Korang tahukan doa dalam bulan Ramadhan ni sangat mustajab, Subhanallah ! ^^
Especially time hampir² berbuka. Doa tau ! Doa kan senjata orang mukmin !

·         Alhamdulillah dengan berkat jawab exam time Ramadhan kot, kami dapat pass in flying colour . terima kasih Allah.

Cerita SAHUR pulak ! since _____________

“ bersahurlah, sesungguhnya pada makan sahur itu ada keberkatannya “

(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
“sesungguhnya perbezaan puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahli kitab adalah bersahur”
(Hadis riwayat Muslim, Nasai & Ahmad)
Nabi Muhammad berkata lagi,
                 
“Sahur itu ada keberkatan. Jangan kamu tinggalkan walaupun dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang² bersahur “
_______________________________________________________________________ ! buat tau ^^
Maka, kami akan beli lauk kering² lepas terawih and panaskan pagi esok 
*tapi macam mana? Kami diharamkan memasak. 
So, ni cara² untuk panaskan lauk (tapi tidak berapa baik , since bahan kimia mencair kan)

comel kan baldi aku ?
·         First, pergi ambil air panas dalam baldi.

·         
ikat !
       Second, celup or rendam plastic berisi kuah. *plastic still ikat oke ? So, panas sedap cikit. 

·          
aumm..
       Third, bismillahirrahmanirrahim and makan lah kami ^^

       Wallahua'alam !

Tuesday, July 24, 2012

ADEGAN FIRST DAY KMPk.


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang !

Lama gila tak update blog kan. *busy konon.
Pada tarikh keramat dalam bulan 23 MEI, maka aku pun daftar lah.
pintu pagar ^^


ni pengiktirafan kot ..

                                                                                                                                                                                                                            
 
Pesanan dari senior² aku meh sini aku bagitau hampa lak..
  •         Datang awal (kalau korang tak nak tunggu lama *jam kot & kalau nak duduk tingkat bawah)
  •          Pakai comel²  (nak ambil gambar kad matrik yang korang akan tayang sepanjang belajar^^)
  •          Bawak cadar, sarung bantal (kartun ke, kosong ke.*bukan sekolah dah laa~)
  •          Penyapu (kalau hampa tahan habuk orait!)
  •       The most important dear ! As Muslim, jangan lah terikut gejala serong. study baik2 ingat amanah ma ayah kat rumah. JAGA IMAN YE !
sudah² aku lepas aku selesaikan segala dapat baju rasmi, pashmina, beg segala
Maka aku ditempatkan di Seri Kerian *asrama paling dekat dengan lecture hall n café^^
So, say Alhamdulillah !
Aku daftar pukul 9 kot, dapat tingkat 3. Lelah la jugak nak angkat barang²..
Masuk bilik kemas.. start la MPPB a.k.a orientasi.
Penat tu memang lah , tapi dapat banyak kawan² baru.
Aku budak Modul 1, jap² tahu ke ape kebende tu? *jap kami ni kira batch baru la silibus baru
  •          MODUL 1 – study biology, physics, chemistry, math
  •          MODUL 2 – study physics, chemistry, math, science computer
  •          MODUL 3 – study biology, chemistry, math, science computer
  •       AKAUN - *cory tak tau, aku budak science. ampun² (tapi bese depa ni hebat ! 4.00 sokmo)
Alhamdulillah lah, aku dapat budak bilik semuo modul 1 senang kami nak study dan depe ni memang awesome banyak saling mengingati bab² agama, solat, study !
Satu bilik tu 4 orang je bese time aku punye batch la 2011/12.

Tapi serius ni aku cakap KMPk memang best. *second choice aku kot, aku mintak penang
  •            Lecture² memang awesome *macam² bagi in order nak students succeed
  •          Masjid memang meriah *insyaALLAH kita ni hidup kena lah balance dunia akhirat
  •          Kemudahan sukan *pe korang nak ? KMPk dapat naib johan kot kejohanan antara matrik satu MALAYSIA ni.
  •          Beli belah *kedai baju, aksesori,makanan,handphone
  •          Café banyak *pergi je lah mana² pun
  •          Library *besar, buku international melamak, aircond, akses internet
  •          Lif *setahu aku lah, KMPk je ada mende ni.
  •          Fairy land *tempat main atas bukit , ada UFO kot. ^^
  •          Dll…
UFO nampak ? piring besar tu..  ni lah Fairy land !

one night !

padang, masjid, tutorial ^^

 Tazkirah jap =)


« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.


p/s : search kata ni hadis dhaif, tapi aku pernah baca kalau mende baik, kita boleh guna ^^
Point kat sini. Carilah ilmu tu selagi mampu. Kan dah ckap tuntut ilmu tu wajib bagi umat Islam. Jangan sempitkan otak, kata ilmu tu mesti dalam buku. Sekalipun buat roti canai ilmu kan ? 

        aku manusia biasa, andai terkhilaf tegur tau =)

Yang mencari cintaNYA