..

Monday, December 29, 2014

Doa Suami Soleh

Assalamualaikum.
Hoi hoiiii korang !
Okay. Hari ni kita stay out from buku for a while.
Mogok kejap sebab paper pagi tadi.
'Seronok' sangat penangan paper first ni :3

Ni kawan aku kasi, boleh amalkan insyaAllah tak kurafat aih.
One of effort apa.
Ustazah pernah cakap lagi, detail doa tu.
Allah dengar, bahkan Dia malu kalau tak perkenankan doa hambaNYA.
Even pendosa macam kita ni.



*aku try translate ye ayat ni, setakat aku belajar arab merangkak menerap dulu.
Maksudnya : Ya Allah ! Kurniakanlah suami/lelaki yang baik akhlaknya, beramal soleh, membawa berkat dan baik rupa parasnya.

p/s : thanks to Mechu of Meja Prep Bersidang atas doa ni. Group sekolah kitaorang yang ada 8 orang budak yang memasing ada fe'el pelik2. HAHAHA tapi tu yang buat iolss syg <3

Friday, December 26, 2014

Semudah itu title 'ALONG' ?

Assalamualaikum.  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi Allah. Jom sesama kita spend masa doakan moga Allah mudahkan perihal saudara kita yang menghadapi suasana banjir yang sgt teruk di Perak, Kelantan, Terengganu n Perlis. Especially saudara2 yang berada di pantai timur. Moga Allah sentiasa peluk kalian dengan kehangatan dan kekenyangan. Hiba betul hati bila baca saudara2 disana yang putus bantuan dari luar tatkala aku sedap buat milo panas di fakulti sambil study tuk final. Aku selesa mereka? Allahuakbar ! Aku always get update live dari member yang kat kelantan instead of percaya facebook, twitter, insta. Mohon jangan percaya 100 %. Alhamdulillah most of kawan aku unaffected by banjir ni. Lindungi mereka, Ya Allah.

Tajuk di pagi Jumaat yang barakah, di pagi 10 tahun selepas Tsunami berlaku yang pernah menggoncang dunia. 10 tahun sahabat. 10... Dah lama rupanya. Aku yang dah tua. Umm. Semoga dengan peningkatan umur, amal kita turut bertambah. Goal utama as muslim nak dapatkan syurgaNYA. Allah. Sahabat ! Tarik aku andai aku tidak kelihatan di syurga. Tarik tangan aku sahabat.

Along.
Ayong.
Abang.
Kakak.
Kak Long.
Abang Long...

Kau ingat semudah itu tanggungjawab kami? Semudah kau sebut ? Maybe nampak kami happy, ego n so on. Tapi sejak lahir, tergalas di bahu kecil ni sebuah tanggungjawab besar.Orang ke 3 selepas Ma n Abah. Head of siblings. Adik adik kau bawah kau. Kebajikan, pembelajaran mereka should be fulfilled well.

Even dari kecik, aku taktahu macam mana mak ayah aku train aku. Tapi kesan yang aku perasan, aku tak akan tak mungkin nangis depan family. Kekadang masuk bilik air, sambil basuh baju sambil mandi nangis. Alhamdulillah aku dikurniakan mata yang tak terkesan even lepas nangis seteruk mana pun. Keluar bilik air, senyum balik ! Kuat !

Akademik? Aku mesti jadi role model kat adik2.  Result aku akan jadi penanda aras for my sister n brother to do well in future. Then, korang selalu cakap apa Hakimah ni. Tak reti balik rumah ke? Suka sangat duduk kat uni. Its not that. Aku tahu tahap aku dimana. Aku kena usaha lebih dari orang. HAHA

Please dont mistreat my siblings.  I knew well what u people have done to them for those 14 days. I keep in touch with them. Everyday. Aku tahu diorang buat apa. Kalau aku ada keupayaan, sure aku jaga adik2 untuk 14 hari tu.

Along ? Tipu kau boleh buat tak heran kat adik2 kau. Kau tipu !

I can fell them deeply, kalau family jauh dari mata, dalam kesusahan dek banjir ni. Aku faham macam mana mati kutu, gelisah nak study tuk final, menerawang macam mana, baca buku depan mata otak kat rumah, tidur tak lena, makan xlalu, kekadang empangan air mata pecah.

Semoga aku kau korang semua sentiasa dalam lindunganNya.

Gambar ihsan wechat. Thanks wechat ! Im boosted up just by seeing this one pic ehee


p/s: lepas solat magrib, spend sikit masa untuk solat hajat untuk mangsa banjir.  Moga Allah peluk mereka dengan kehangatan :) be strong people ! But still im not saying that positions as angah, alang, acik, andak, acu are not important :) peace no war hoi !

      : Andai ada sahabat yang resah gelisah risau family kat rumah tu, give them support, console them well, n paling penting doakan keselamatan mereka. Aku pernah baca doa yang tak diketahui oleh saudaranya insyaAllah lagi makbul. Kalau korang tahu sumber ayat ni, jangan lupa tinggalkan komen ye ?


Sunday, December 14, 2014

Pertolongan Allah itu Dekat


 Assalamualaikum.

Sihat semua? Okay. Out of blue sambil tunggu member nak lunch sama, tengok atas. Besarnya langit, cantiknya, luasnya ! Subhanallah. Tenang hati dengan melihat kebesaranNya. Serabut ke awak. Meh aku kasi remedy sikit, since aku bukan doktor nak suggest ubat kan. Aku insyaAllah jurutera nanti, takkan aku nak suggest

"simen"

KE

"sila gunakan steel bar Y12"

KE

"sila gunakan dawai/ besi link R6 tu nak cantum balik hati korang yang berkecai tu"

KE

"saya rasa boleh pasang bolt&nut kat hati untuk hilangkan resah tu "?

HAHAHA okay ni tak lawak. Tapi korang kena gelak jugak :)

Tetibe selaju cahaya = 299792.5 km/sec, zuppppp ~~~
"Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"; like someone whispering.
Tengok kiri kanan.
No one.
Mesti Allah hantar peringatan mesra buat remedy tuk hati aku yang resah nak final ni.
Alhamdulillah.

Click mobile data -> cari ayat yang di"bold" tu (*since tak sure hadis ke ayat AQ) -> stop at someone blog, and written there cari Surah Al-Baqarah, ayat 214 -> search iQuran kat phone (*tapi english dy power beno but still dapat tenangkan hati ini, tqvm blogger out there for keeping give such a good information)

Doakan aku n member2 yang lain yang sibuk menghadap/mencari paper past year kat EQPS . mihmih. Samada uitm sendiri or u memana je lahl.Till meet again.

*selak paper indi(main bingo kawan aku cakap), hydrology(kira longkang), further math(berbulu mata tengok huruf instead of no), numet (erkkkk !)
Manggis grup sebelah haha calorful pergh !
Our beloved profesor :)
Member grup kira drainage, serius tak future engr ni?

Contoh projek longkang kitaorang hahahaha (*draft je nih, satgi ade lagi yang cakap quarters 5 bijik tu macam manggis lagi) hahaha

p/s : pertolongan Allah itu dekat bagi orang yg bersabar dan berpegang teguh pada agama Allah, so lets check diri memasing balik. "Inna nasrallahi qarib" . Qarib tu dekat, Ba'id tu jauh. Kita nak yang mana ? Peace no war !

Why Engineer?

Assalamualaikum woww. Blog lepas pun tak habes update lagi haha.we're in exam mood right now.  Yup. Most of uitm student ! Oooo, it just nice to say it time for assignment submission, presentation n blablabla..

okay. One of my friend keep asking me why engineer ? Why? Hahaha harapan . Itu harapan nak get Mr.engineer as my spouse.  Insyaallah harapan ni doa kan. So, keep on praying.  Who know.

Meh aku kasi list why ?
-engineer - engineer relationship itself
-he got to understand that im working with a lot of man out there. Insyaallah he will get it right.
-aku jeles? Tipu lah tak, sure enough. Tang tu memang aku tak reti sorok. Hahaha
-But FAITH is there.


Awak kat mana. Awak kat mana? Hahaha
Doakan yang terbaik tuk kita semua ye.

Friday, August 22, 2014

Bagaimana Aku Nak Balas Jasa Ma Abah, Tapi Aku Masih Belajar

Assalamualaikum syg sekalian :)

Sihat? Alhamdulillah hampir 2 bulan sudah cuti semester berlalu bagi pelajar degree uitm. Pelbagai aktiviti pasti dijalankan nak rehatkan kepala otak yang dah bekerja kuat sebelum ni. Aku sem berapa? InsyaAllah masuk 7sept ni ak pelajar sem 5 dah. See ? Im already completing half of my degree. Hope kami semua grade on time.

Ok ! Ok ! Perasan tak parent kita bertungkus lumus kerja cari rezeki. Kita sep dok goyang kaki kat rumah boleh buat ape? Nak bagi duit, gaji takda, masih belajar. Kita kan anak mesti bercita-cita nak balas budi jasa mak abah kita yang dah tak terhitung jasanya. Allahuakbar !!!

Cara-cara membalas jasa ibubapa bg pelajar :)


  • Basuh pinggan setiap kali makan
  • Tolong campak baju dalam mesin, ampai, lipat
  • Kemas rumah
  • Masak lunch ke dinner; simple takpe.
  • Doakan mereka

Yet it looks so simple, mesti dalam hati bermonolog sendiri, "alah hakimah ni, aku pun tau semua ni, penat je baca!".

Aku tahu simple tapi aku tanya korang , hampa buat tak? Tak mampu buat barang semua org, why not barang sendiri. Pinggan sendiri, baju sendiri, dll. InsyaAllah it still meringankan ibu ayah kita nak buat kerja rumah. but somehow, it seems selfish laaa ~~

Jom baca doa ibubapa, setiap hari lepas solat at least baca tau. 

"Allahumma firgli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira"
Maksudnya : Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Seorang anak itu belum di kira sebagai anak yang soleh, sekiranya dia belum berdoa untuk ibu bapa..

Termasuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa ialah dengan berdoa untuk mereka.

Salam Takziah pada ahli keluarga MH17, moga perjalanan kalian menuju jalanNYA dipermudahkan. Aku yang tengok gambar pun termengalir air mata. Semoga ahli keluarga tabah meneruskan kehidupan. Aku kongsikan satu petikan dari co-pilot yang terkorban;

“Kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah.”

InsyaAllah aku semat kata-kata arwah ni! Terima kasih.

Till next time !

25 Syawal

Monday, June 30, 2014

Kecil Tapi Besar

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah sedar tak sedar, Allah masih bagi peluang untuk merasai kemanisan bulan yang sangat mulia dan penuh barakah ni. Ramadhan kini tiba lagi :)

Awal ramadhan ni insyaAllah aku akan laluinya bersama kawan-kawan dekat U.
Hari pertama :-
- sahur sekali lepas study dekat fakulti
- solat berjemaah, kau sep aku, aku sep kau nak baca doa, solat etc. *serius aku cakap sweet !
- bukak posa, ada hamba Allah sudi tumpangkan kereta pergi bazar. Maka, ada lah 6 orang berhimpit dalam myvi. Acewah ! Girls semua halal lah. Pakcik JPJ pun senyum je ! Selamat puasa encik JPJ !

Okey ! Okey !
Main point tajuk hari ini.
Aku terbaca satu tweet ni, "TIME TARAWIH RAMADHAN NI BERPUSU-PUSU PERGI MASJID, PENUH SAF.. TAPI SOLAT 5 WAKTU, KAU HILANG MANA.. SO JANGAN JUDGE ORANG BASED ON TARAWIH?

Allahuakbar, apa yang bakal aku tulis kat bawah ni hope sudi la baca.
First, stop !
Jangan buat orang sentap.
Jangan buat orang malu/segan.
Jangan buat terkesima etc..

Husnuzon (bersangka baik), mungkin si A baru nak merangkak solat berjemaah, nak membiasakan diri bukan senang sayang! Ni diri yang menulis ni sendiri pun. Once kau tulis/cakap/bergurau mana tahu terus malu si A nak pergi ke surau/masjid. Mana tahu ramadhan ni platform si A nak transform jadi transformer yang insyaAllah selalu ke surau ? Tak rasa apa-apakah diri anda ? Sebab niat melawak ? Fikir-fikirkanlah !

*see dari kecik jadi besar.

Second !
Aku paham.

Another husnuzon applied here, tarawih kan boleh buat sendiri. Maybe yang tak berkesempatan ke surau/etc berjemaah bersama roomate. Ada hal dll. Dah kau ! Tak boleh positif sikit ke?
Jangan nampak baik kita je, orang lain semua tohok luar. No ! No ! No ! No !

Third !
Jom la sesama berebut kebaikan Ramadhan ni sesama.

Bak kata Dr. Fadzil Arshad, lecture design aku : "Masuk syurga biar ramai-ramai, sebab tu jangan lupa doakan setiap kali bagi kesejahteraan umat islam, mention semua mukminin, mukminat, muslimin, muslimat, yang hidup dan yang telah pergi"

Aku selalu anticipated kelas beliau especially 5 min tazkirah before start kelas. Since, dekat U ni ilmu agama kene kau cari sendiri. Takde tarbiyah macam sekolah dulu. Pergi surau bersiren bagai dolu2! All up to you! Terima kasih Dr. setahun ajar kelas aku. Selamat dah jawab paper ECS444 tadi ! Basic Timber and Steel Design ! 2 jam yang kelam kabut.
Ya Allah, permudahkan urusan kami lulus cemerlang amin !


Pembahagian Ramadhan yakni :-

10 Ramadhan pertama adalah rahmat (kasih sayang Allah)
10 Ramadhan kedua adalah magfirah (keampunan)
10 Ramadhan terakhir adalam pembebasan api neraka

So, kejor yob kejor !
Sebab aku sayang kat korang.
Jangan terasa penulisan serabut aku ni.
Maafkan daku.

Doa adalah bahasa rindu dan cinta yang paling cepat. Zuppppp !


*macam biasa salah silap sudi tegur aku yang banyak khilaf ni.


2 Ramadhan
30062014
Budak rindu rumah



Sunday, June 1, 2014

Milik Allah

Assalamualaikum

31 Mei, insyaAllah akan tersemat baik dalam ingatan seorang hamba yang lemah ni.

First time, dikejutkan dengan berita seorang sahabat yang kembali menemui penciptanya, Allah !
Terkesan sangat.
Sangat.
Sebab arwah baik orangnya, peramah, selalu membantu, suka ngusik.
Sebab dia baya2 aku.
Sebab dia along, atok yg aku selalu kacau dr sekolah main bola sesama.

Tapi dia milik Allah,
Allah ambik balik hak Dia.
Kita pun milik Allah juga kan?

Janji Allah itu pasti.

Sebagaimana firman-Nya: "Kullu Nafsin Dza-iqatul-Maut"; 

Ertinya: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan

kematian" (Surah Ali 'Imran ayat :185)

*cek page 74. InsyaAllah untuk ayat selanjutnya.

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati (Surah 'Ali-Imran : 185)





Allah tak pastikan kita ni mesti mati tua ke muda.
Tapi Allah pastikan kita akan menghadapi kematian.

Supaya kita ready kan?

Moga aku, ko, kita semua mendapat Husnul Khatimah.
Ditempatkan dikalangan orang beriman, yang mendapat syafaat kelak.
Allahuakbar!


Pinjamkan aku seketika, sedekahkan al-fatihah untuk sahabat aku yang sgt terasa kehilangan dia.
Arwah ada antara gambar2 ni.

Arwah ada antara gambar2 ni Such a good senior.


Al- fatihah ~~~

P/S : Husnul Khatimah bermaksud pengakhiran yang baik atau kesudahan yang baik. InsyaAllah moga syurgaNya destinasi terakhir kita.

Tuesday, May 27, 2014

Solat Si Budak

Assalamualaikum korang :)

Apa khabar sihat ?
Aku rindu, rindu, rindu rumah.
HAHAHAHA

UiTM ada special break, so sangat lah sunyi sekarang ni.
Yang ada hanyalah kriiikkk kriiikkk..
Aku suka eskem bola dekat mart delima ni <3

Nah aku belanja sikit, tempat ke-3 paling aku suka dalam uni ni. Cantik tak ? Kulihat hijau, haha

Nampak tak kepala kawan aku. Auww. uitm mana ?


Since ramai yang balik rumah, tempat kitaorang selalu lepak makan pun kejap ada kejap tidak.
Kawan ajak makan tempat lain, alang kepalang boleh lepak masjid.
Dapat jemaah sama2.
Allahuakbar! such a nice friend. Yes, both of them.
"Kawan yang baik tu selalu ingatkan kita dekat dengan pencipta kita, Allah :)"

Seusai azan maghrib..
Kami masuk saf sesama.
Tak sabar nak Ramadhan, jemaah ramai2.
Allah ! Allah ! Allah !

Sentap 1 :
Sebelah aku makcik yang solat diatas kerusi disebabkan uzur.
*sakit kaki biasanya bila dah berumur ni, gout maybe. Sangkaan je lah. Maaf kalau salah.
Semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk beribadat kepada makcik2 tu, mak ayah, kita :)

Tetibe, kita sbg budak muda, Allah bagi nikmat kesihatan. Used them well. Itu pun amanah kan?
*peringatan kat aku jugak, aku pun try nak jadi baik .. Doa sesama deh !

Sentap 2 :
Assalamualaikum warahmatullah (kiri, kanan)
Raup muka
Ada dua orang budak kecik depan aku,
alah solat budak macam dipatuk ayam ke ayam patuk padi ke ayam kena palu ???
HAHAHA korang faham kan, aku nak cakap laju lah cam ferrari kejap je habis terus bagi salam.

Tetibe tersentap, aku pun..
Contoh : kelas pukul 2p.m ni start.
Ter"qailullah" overload, patut 5- 15 minit je.
Aku terlajak tidur sampai pukul 1.40p.m.
Melompat dari katil --> Ambik wuduk --> Solat --> Siap --> Kalau ada sayap superman aku terbang dah pi kelas.
Solat baca yang wajib je.
Astagfirullahala'zim..

Tak ke aku ni sama je cam budak yang tak baligh pun lagi tu.
Hoi, kau dah tua kot !
*bagi pelempang sikit.
Korang pun dah tua weksss >>>

P/S : Maaf aku kat sekolah dulu selalu kena marah dengan cikgu bm, cikgu Hasnan rasa sebab selalu dapat 74-75 cukup makan gituu. SPM dulu pun dalam kelas aku yang lain semua A+, aku spoil.. haha Bajet bi bagus sangat. Tape result bm=bi. Sweet gittew. Aku anak Malaysia sejati kot.

Qailullah tu maksud melelapkan mata sekejap sebelum zuhur supaya ada kekuatan kemudian nak bangun tahajud and insyaAllah segar nanti :) Try lah buat..

Ok ok ! Bye Assalamulaikum. Assignment dah panggil ! HAHA
Salah silap kat mana mana, maafkan aku. Tegur je baik2 , sbb aku ni rebel sikit hahaha !

Aku pun manusia still banyak khilaf. Sorry guys :)





Tuesday, April 15, 2014

Civillians Trip II

Assalamualaikum.

Hai korang2.
Lama pulak tak singgah sini. Busy konon.
OK ! Last week, aku dengan classmates hangout sesama. Serious cool tempat diorang pilih. Plus tolak darab bahagi perangai yang gegila tu cukup menghilangkan stress belajar seminggu.

Tanggal 5 April, janji pukul 8 ni nak kumpul kat uni. Tapikan kereta sewa pun lambat dapat. Bergerak lah ke seksyen 16 rumah sewa bebudak laki ni punya apartment. Buat ape? Sure lah penuhkan bonet dengan barang2. Kalau masak pun diorang buat, gegurl ramai tinggal kolej. sekankang kera je dengan fakulti kejut awam tu :))))

Konvoi.
4 buah kereta pun bergerak ke Templer Park, Sg. Karinching, Rawang, Selangor. Hujan quiet lebat menyukarkan sikit nak konvoi ni. And dengan suksesnye aku terlepas kereta depan. Ok since dah banyak kali sesat, aku pun tarik nafas pepanjang. Cari jalan jom ke rawang. Tetibe phewww kereta myvi putih hon kat sebelah. Classmate risau. Adoii hoii dah la termalu terlepas exit jalan, dah tu datang plak hero kereta sebuah.


To be continue kalau sempat/ajen...
Busy sikit.
Another trip by us. #kami#pelajar#kejut#awam