..

Friday, December 26, 2014

Semudah itu title 'ALONG' ?

Assalamualaikum.  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi Allah. Jom sesama kita spend masa doakan moga Allah mudahkan perihal saudara kita yang menghadapi suasana banjir yang sgt teruk di Perak, Kelantan, Terengganu n Perlis. Especially saudara2 yang berada di pantai timur. Moga Allah sentiasa peluk kalian dengan kehangatan dan kekenyangan. Hiba betul hati bila baca saudara2 disana yang putus bantuan dari luar tatkala aku sedap buat milo panas di fakulti sambil study tuk final. Aku selesa mereka? Allahuakbar ! Aku always get update live dari member yang kat kelantan instead of percaya facebook, twitter, insta. Mohon jangan percaya 100 %. Alhamdulillah most of kawan aku unaffected by banjir ni. Lindungi mereka, Ya Allah.

Tajuk di pagi Jumaat yang barakah, di pagi 10 tahun selepas Tsunami berlaku yang pernah menggoncang dunia. 10 tahun sahabat. 10... Dah lama rupanya. Aku yang dah tua. Umm. Semoga dengan peningkatan umur, amal kita turut bertambah. Goal utama as muslim nak dapatkan syurgaNYA. Allah. Sahabat ! Tarik aku andai aku tidak kelihatan di syurga. Tarik tangan aku sahabat.

Along.
Ayong.
Abang.
Kakak.
Kak Long.
Abang Long...

Kau ingat semudah itu tanggungjawab kami? Semudah kau sebut ? Maybe nampak kami happy, ego n so on. Tapi sejak lahir, tergalas di bahu kecil ni sebuah tanggungjawab besar.Orang ke 3 selepas Ma n Abah. Head of siblings. Adik adik kau bawah kau. Kebajikan, pembelajaran mereka should be fulfilled well.

Even dari kecik, aku taktahu macam mana mak ayah aku train aku. Tapi kesan yang aku perasan, aku tak akan tak mungkin nangis depan family. Kekadang masuk bilik air, sambil basuh baju sambil mandi nangis. Alhamdulillah aku dikurniakan mata yang tak terkesan even lepas nangis seteruk mana pun. Keluar bilik air, senyum balik ! Kuat !

Akademik? Aku mesti jadi role model kat adik2.  Result aku akan jadi penanda aras for my sister n brother to do well in future. Then, korang selalu cakap apa Hakimah ni. Tak reti balik rumah ke? Suka sangat duduk kat uni. Its not that. Aku tahu tahap aku dimana. Aku kena usaha lebih dari orang. HAHA

Please dont mistreat my siblings.  I knew well what u people have done to them for those 14 days. I keep in touch with them. Everyday. Aku tahu diorang buat apa. Kalau aku ada keupayaan, sure aku jaga adik2 untuk 14 hari tu.

Along ? Tipu kau boleh buat tak heran kat adik2 kau. Kau tipu !

I can fell them deeply, kalau family jauh dari mata, dalam kesusahan dek banjir ni. Aku faham macam mana mati kutu, gelisah nak study tuk final, menerawang macam mana, baca buku depan mata otak kat rumah, tidur tak lena, makan xlalu, kekadang empangan air mata pecah.

Semoga aku kau korang semua sentiasa dalam lindunganNya.

Gambar ihsan wechat. Thanks wechat ! Im boosted up just by seeing this one pic ehee


p/s: lepas solat magrib, spend sikit masa untuk solat hajat untuk mangsa banjir.  Moga Allah peluk mereka dengan kehangatan :) be strong people ! But still im not saying that positions as angah, alang, acik, andak, acu are not important :) peace no war hoi !

      : Andai ada sahabat yang resah gelisah risau family kat rumah tu, give them support, console them well, n paling penting doakan keselamatan mereka. Aku pernah baca doa yang tak diketahui oleh saudaranya insyaAllah lagi makbul. Kalau korang tahu sumber ayat ni, jangan lupa tinggalkan komen ye ?


No comments:

Post a Comment